F Bahagia Tanpa Teman Lelaki | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Bahagia Tanpa Teman Lelaki

Aktres Nur Fathia, 29, mengakui kehidupannya hari ini semakin bahagia walaupun tidak mempunyai teman lelaki selain sibuk dengan perniagaannya, Dara by Fathia Latiff.

Dia juga dia mula memperlahankan karier seninya bagi memberi ruang kepadanya mengenali diri ke arah positif.

"Fokus saya sekarang bukan cinta tambahan pula saya dikelilingi oleh orang yang membahagiakan termasuk keluarga.

"Sebelum ini saya jarang dapat bersama mereka kerana sibuk dan sekarang Alhamdulillah lebih banyak waktu berkualiti dengan famili," katanya seperti yang dilaporkan mStar online.

Dalam pada itu, Fathia mengesahkan hubungannya dengan aktor Aiman Hakim Ridza, 27, kini kembali pulih selepas hampir setahun berpisah.

Namun itu bukan bererti mereka kembali sebagai pasangan kekasih sebaliknya memenuhi tuntutan agama Islam yang melarang hubungan silaturahim sesama manusia itu diputuskan.

"Saya dan Aiman kembali berhubung namun sebagai seorang sahabat kerana pada saya tiada kesudahannya kami saling bermasam muka sedang Islam menuntut umatnya menjaga hubungan silaturahim dan bukan terus memanjangkan sengketa.

"Soal kami pernah berjumpa atau tidak dan siapa memulakan komunikasi rasanya tidak perlu saya kongsikan tetapi hubungan kami sekarang dalam keadaan baik," katanya.
Powered by Blogger.