F Bagasi Dirompak, Roslan Shah Kerugian RM5,000 | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Bagasi Dirompak, Roslan Shah Kerugian RM5,000

Pengacara dan pelakon Roslan Shah, 46, kerugian kira-kira RM5,000 apabila bagasi yang diletakkan dalam but keretanya dirompak di sebuah restoran makanan segera di Taman Melati, malam kelmarin.

BH online melaporkan, pengacara itu kehilangan beberapa barang berharga seperti empat jam tangan, tali pinggang dan cincin serta beberapa helai pakaian.

"Sebenarnya saya baru pulang dari Singapura dan terus ke restoran itu untuk menyelesaikan beberapa urusan bersama rakan.

"Kemudian saya ke rumah teman bagi menghantar makanan yang dipesan. Ketika itu baru saya sedar bagasi di but kereta sudah pun hilang.

"Habis semua barang-barang bernilai saya lesap. Mujurlah beg berjenama mewah dan pasport yang diletakkan di tempat duduk belakang tidak diambil," katanya.

Roslan bagaimanapun tidak membuat laporan polis mengenangkan barangan yang dirompak tidak mungkin dipulangkan kembali.

"Pihak polis pun ada memberitahu lokasi itu memang menjadi tumpuan jenayah rompakan. "Saya trauma dengan kejadian ini. Ia turut membuatkan saya lebih berhati-hati untuk menyimpan apa-apa barang di dalam kereta," ujarnya.
Powered by Blogger.