F Azrinaz Mazhar kini bertudung | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Azrinaz Mazhar kini bertudung

AZRINAZ Mazhar Hakim yang juga merupakan bekas personaliti TV3 mengesahkan beliau kini bertudung melalui akaun instagramnya.

Menurutnya, dia mengambil keputusan tersebut sempena dengan tarikh lahir beliau dan juga Awal Muharram lalu.

“Selepas kelahiran saya sebulan lalu dan disusuli dengan Awal Muharram, saya mengambil peluang di bulan yang penuh makna untuk berhijrah.

“Tiada paksaan dan sama sekali bukan faktor luaran. Dengan hati yang cukup tenang, syukur atas segala-galanya. Doakan saya agar terus Istiqamah,” tulisnya di laman Instagram beliau.

Penghijrahan beliau ini mendapat sambutan positif daripada peminat-peminatnya yang turut sama mendoakan agar dia terus istiqamah dan menjadi muslimah yang lebih baik.
Powered by Blogger.