F Azmi Hata Tidak Puas Hati Dengan Provokasi Elly Mazlein | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Azmi Hata Tidak Puas Hati Dengan Provokasi Elly Mazlein


Dek kerana tidak mampu lagi menahan sabar dengan provokasi yang tidak berasas, pengarah drama yang juga merupakan bekas suami kepada pelantun lagu Usah Ditambah Bara Yang Disimpan, Azmi Hata akhirnya tampil mendedahkan sikap Elly Mazlein secara terperinci menerusi surat akuan bersumpah.

“Provokasi Elly membuatkan segelintir netizen semakin rancak mencemuh saya dan Faye Kusairi tanpa mereka tahu akan hal yang sebenar.

“Saya selama ini sanggup bersabar semakin mula rasa tidak puas hati dengan provokasi Elly. Setiap kali berjumpa dia pasti akan membuat sindiran hingga mampu mendatangkan kemarahan jika saya gagal mengawal emosi saya dengan baik.

Baca: Elly Mazlein Hadiah Doa Buat Faye dan Bekas Suami

“Bahkan di depan awam pun dia sudah berani menyindir dan mencabar saya dengan intonasi dan reaksinya yang ‘sarcastic’. Namun masih juga saya boleh bersabar dan berdiam.

“Jadi saya tampil hari ini untuk mendedahkan segalanya kerana nama Faye dan saya serta ahli keluarga yang lain semakin dipandang hina oleh masyarakat. Anak-anak saya juga turut tertekan.

“Jadi dengan adanya perakuan bersumpah ini saya berharap ia mampu membersihkan nama kami sekali gus membukan mata masyarakat agar sedar apa yang mereka dengar adalah fitnah semata-mata,” jelasnya terperinci.

Sekali lagi, Azmi berharap agar orang ramai hentikan segala provokasi dan spekulasi tentang kehidupan mereka.

Kakigosip berharap agar perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.
Powered by Blogger.