F Aziz M Osman Tak Ambil Hati Terkena Tempias Isu Azizan Osman | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Aziz M Osman Tak Ambil Hati Terkena Tempias Isu Azizan Osman

Ketika Azizan Osman mencetuskan kontroversi sekaligus menjadi bualan hangat ramai baru-baru ini, tidak semena-mena pengarah filem Aziz M Osman juga terkena tempiasnya gara-gara mempunyai nama yang hampir sama dengan penceramah motivasi terkenal itu.

Memetik laporan mStar online, Aziz, 53, berkata tidak berkecil hati apabila beliau dijadikan bahan lawak dan sindiran segelintir pihak.

Sebaliknya beliau menganggap perkara itu sebagai gurauan semata-mata dan bukan kerana mereka benar-benar keliru antara dirinya dengan penceramah terbabit.

"Saya anggap ia hanya gurauan sahaja dan tidak pun rasa kecil hati atau dipermain-mainkan. Cuma saya kasihan pihak sebelah sana (Azizan) yang menjadi mangsa bahan jenaka itu," katanya.

Nama pengarah filem XX Ray ini dijadikan bahan lawak sarkastik terhadap isu yang membabitkan penceramah motivasi Azizan Osman berhubung penafian penganugerahan Ijazah Kehormat dari Universiti Malaya (UM) dan dua universiti lain yang digunakannya.

Bagaimanapun, Aziz berkata disebabkan isu itu, namanya kembali diingati oleh orang ramai.

"Saya gembira nama saya disebut, ia bermakna mereka masih ingat saya sebagai pengarah filem biarpun saya sudah lama menyepi. Sekurang-kurangnya mereka tahu filem-filem yang saya arahkan sebelum ini," ujarnya.

Powered by Blogger.