F Awie & Bakal Isteri 'Diganggu', Lokasi Pernikahan Dirahsiakan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Awie & Bakal Isteri 'Diganggu', Lokasi Pernikahan Dirahsiakan


Kalau sebelum ini Kakigosip ada menyiarkan artikel Kumpulan Votez Disantau Serbuk Buluh Kuning, kini seorang lagi penyanyi rock negara iaitu Awie dikatakan dia dan bakal isteri  terkena penyakit misteri.

Menurut Awie, dia dan tunangnya menerima penyakit yang sama,  Kakigosip difahamkan Awie tidak dapat memijak lantai sehingga terpaksa bertongkat. Sementara muka tunangnya tumbuh jerawat manakala kakinya pula lebam-lebam tanpa sebab dan terpaksa berjalan tempang hingga dia trauma.

Mungkin inilah sebab mengapa Awie tidak mahu mendedahkan lokasi pernikahan mereka kerana dikhuatiri perkara yang tidak diingini berlaku.



Untuk makluman semua, Awie sebelum ini sudah pun mengikat tali pertunangan bersama pilihan suri hatinya iaitu Sharifah Ladyana pada 3 Jun lalu.

Kakigosip berharap semoga majlis yang bakal berlangsung pada hujung minggu ini berjalan dengan lancar dan berbahagia hingga ke jannah.
Powered by Blogger.