F Atilia Sedih Bila Tengok Kawan-Kawan Dah Ada Anak... | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Atilia Sedih Bila Tengok Kawan-Kawan Dah Ada Anak...


Sayu pula bila dengar luahan hati penyanyi Atilia Haron yang belum mempunyai cahaya mata.  Katanya sungguh pun begitu, dia dan suami tidak pernah berhenti berusaha untuk mendapatkan anak.

“Mohon doakan saya. Dua tahun berkahwin, saya tidak pernah putus asa. Saya dan suami sudah pun berjumpa pakar dan hasil ujian menunjukkan tidak ada masalah untuk hamil.

“Cuma mungkin belum rezeki kami lagi,” katanya ketika ditemui sebelum membuat persembahan di Majlis Penyampaian Hadiah dan Perasmian Penutup Malaysia Dihatiku, semalam.

Katanya, melihat kepada rakan-rakannya yang memiliki anak membuatkan hatinya sedih, namun percaya pada ketentuan ALLAH SWT, Atilia berharap akan dikurniakan anak juga.

“Inilah doa saya dan berharap semua dapat doakan saya dan suami. Saya tidak pernah berhenti berusaha,” katanya.

Atilia yang popular dengan lagu Sangkar berkahwin dengan Adam Sofian seorang jurutera bunyi dua tahun lalu.
Powered by Blogger.