F ATILIA Berlakon hanya suka-suka | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

ATILIA Berlakon hanya suka-suka

Ramai mengenali wanita genit ini sebagai penyanyi yang sangat tegar memperjuangkan muzik jaz.

Dalam industri muzik tempatan, Atilia Haron, 42, adalah antara penyanyi genre itu yang masih kukuh namanya.


Terbaru, penyanyi lagu Sangkar itu mengorak langkah dalam bidang lakonan pula apabila menerima tawaran membintangi siri Arluna terbitan Global Station Sdn Bhd.

Mengakui lakonan bukan jiwanya dan hanya melakukannya secara suka-suka, namun dia berharap siri itu menjadi platform terbaik untuk mengumpul peminat baru.


“Saya baru selesai menjalani penggambaran drama bersiri 16 episod yang turut dibintangi Anzalna Nasir dan Saharul Ridzwan itu. Ini pertama kali saya berlakon drama bersiri dan ia antara strategi untuk karier muzik saya juga.

“Terus terang, saya mahu meraih pengikut baru menerusi pembabitan dalam siri itu kerana tahu Saharul dan Anzalna ada jutaan peminat,” katanya.

Bagaimanapun, dia tidak menafikan ia satu keputusan yang sangat tepat buat dirinya kerana segala-galanya berjalan lancar.

“Saya melakonkan watak sebagai Azimah, seorang yang suka bergosip, tapi tetap ada kelas tersendiri. Ia tidak susah buat saya kerana wataknya agak ringan dan bersahaja.

“Sebelum ini saya takut nak berlakon apabila memikirkan terpaksa menunggu lama di lokasi penggambaran atau ditipu dari segi bayaran, tetapi produksi yang menerbitkan drama Arluna sangat bagus dan semuanya berjalan lancar,”katanya.

Dalam perkembangan lain, Atilia bakal tampil dengan album ketiganya selepas kali terakhir dia tampil dengan album berjudul Indah enam tahun lalu.

Menurutnya, dia sangat gembira dengan hala tuju album itu yang kembali kepada konsep album pertamanya iaitu Sangkar pada 2007.

“Album diberi judul Number 3 ini bakal dilancarkan bulan depan. Komposisi lagunya banyak daripada saya dan ada juga beberapa lagu ciptaan rakan penyanyi dari Indonesia iaitu Payung Teduh dan kumpulan Sore.
Powered by Blogger.