F Ardell Aryana giat cipta nama | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Ardell Aryana giat cipta nama

BERTEMU dengan pelakon kecil molek, Ardell Aryana ketika pelancaran program terbaru Astro Bella, Extreme Roadtrip yang turut menampilkan Elfira Loy dan Sherry Alhadad sebagai teraju utamanya, aktres ini mengakui rasa bertuah dan bersyukur atas rezeki seni yang diterimanya sejak terlibat dalam seni tempatan lebih empat tahun lalu.

“Alhamdulillah, setakat ini rezeki saya dalam lakonan tidak pernah putus. Syukur atas kepercayaan yang diberikan. Terbaharu, saya terharu kerana diberi peluang terlibat program berentuk travelog bersama rakan artis lain.

“Ya, ini merupakan program pertama seumpamanya buat saya. Meski ia mencabar fizikal, namun saya seronok kerana selain dapat mengembara ke destinasi menarik seluruh Semenanjung Malaysia, saya juga dapat mengetahui sejauh mana tahap keberanian dengan melakukan aktiviti lasak yang sebelum ini belum pernah dicuba, “ ujar Ardell bila ditanya apakah reaksi apabila ditawarkan sebagai hos bersama di dalam rancangan terkini di saluran Astro Bella itu.

Selepas Extreme Roadtrip yang bersiaran bermula 1 Oktober, setiap Sabtu jam 7 petang di saluran Astro Bella dan Astro Mustika HD, pelakon ini juga sibuk drama komedi Namaku Bedah, November depan.

Ditanya perjalanan kerjayanya, pemilik nama lengkap Nurul Hidayah Mohd Amin yang lambat untuk dikenali meski sudah muncul dengan barisan drama popular seperti Asam Pedas Untuk Dia dan Aku Bukan Bimbo, aktres berusia 26 tahun ini memberitahu dia tidak pernah terfikir populariti.

“Saya tidak kisah jika saya kurang popular atau kurang dikenali kerana itu semua adalah tuah. Biar lambat dikenali asal peminat percaya dengan bakat yang saya ada. Bagi saya, populariti dan glamor itu akan datang sendiri dan ia hanyalah bersifat sementara.

“Saya ambil contoh pelakon Yana Samsudin misalnya. Dia mengambil masa lebih 9 tahun untuk dikenali dan berada pada tahap sekarang. Jadi saya ambil itu sebagai penguat semangat untuk saya terus memberikan yang terbaik dalam lakonan biar pada masa sama orang mula kenali dan percaya dengan bakat yang kita ada," katanya.
Powered by Blogger.