F Anis Al-Idrus Sedia Dikritik | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Anis Al-Idrus Sedia Dikritik

Diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai hos program Serambi Pencetus Ummah musim keempat, pelakon dan penyanyi Anis Al-Idrus bersedia untuk menerima sebarang kritikan daripada penonton.

mStar online melaporkan, Anis atau nama sebenarnya Sharifah Anis Syed Zainal Al Idrus, 28, berkata dia terbuka dengan sebarang pandangan sama ada positif ataupun negatif selain menganggap kritikan adalah perkara biasa kepadanya.

"Sebelum ini pun saya banyak terima pelbagai komen dan kritikan yang adakalanya melampaui batas.

"Bagaimanapun saya seorang yang positif jadi tiada masalah atau hendak melenting jika orang hentam saya nanti.

"Pun begitu saya sedar tanggungjawab diberikan oleh pihak Astro Oasis adalah besar dan Insya-Allah saya akan melaksanakannya dengan baik," katanya.

Tambahnya, pengalaman mengacarakan beberapa program berbentuk majalah dan wanita sebelum ini turut membantunya dalam memberi keyakinan ketika berada di hadapan kamera.

Bagaimanapun kali ini, Anis tidak akan menyentuh bab-bab agama sebaliknya Serambi Pencetus Ummah akan kendalikannya secara santai.

Serambi Pencetus Ummah bakal bersiaran pada setiap hari Selasa dan Rabu bermula 25 Oktober ini, pukul 9 malam dan Pencetus Ummah pula membuka tirai bermula 27 Oktober ini waktu yang sama
Powered by Blogger.