F Anak-Anak Ada Di Samping Awie Ketika Nikah Di Siam | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Anak-Anak Ada Di Samping Awie Ketika Nikah Di Siam


Alhamdulilah dengan skali lafaz penyanyi Wings Awie, 48, selamat dinikahkan dengan gadis pilihan hatinya Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin, 29.  Lokasi pernikahan difahamkan adalah di salah sebuah masjid di Thailand lebih kurang jam 12 tengah hari.

Melihatkan video yang kini tersebar di Internet, walaupun majlis tertutup namun dilihat agak ramai juga yang hadir menyaksikan majlis pernikahan itu.  Antaranya anak-anak Awie, saudara mara dan sahabat handai.


Awie juga dikatakan menitiskan airmata selepas majlis ijabkabul.

Awie segak memakai baju Melayu hitam, bertanjak dan bersampin kuning.  Sementara Sharifah Ladyana pula berkebaya hitam.

Untuk rekod, ini merupakan perkahwinan ketiga Awie.  Kali pertama dengan  penyanyi Arni Nazira Anuar (1998) bertahan lapan tahun dan dikurniakan dua anak perempuan iaitu Puteri Aleeya Antasha, 16, dan Puteri Aleefa Antasha, 14.

Perkahwinan kedua Awie dengan Rozana Misbun (2006) yang berlangsung di Thailand, dikurniakan tiga anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 9, Putra Ahmad Rezzki, 8, dan Puteri Qasseh Antasha, 6.  Pun begitu, mereka tidak lagi tinggal sebumbung sejak tahun 2014.
Powered by Blogger.