F Amir Juara AF2016, Ibu Bapa Buat Kenduri Kesyukuran | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Amir Juara AF2016, Ibu Bapa Buat Kenduri Kesyukuran


Sebagai ibu dan bapa kepada Juara Akademi Fantasia 2016 (AF2016) iaitu Jamaliah Samid dan Masdi Baharom, memberitahu sebagai tanda penghargaan kepada penyokong Amir, satu majlis kenduri kesyukuran akan diadakan nanti.

"InsyaAllah kita akan buat kenduri kesyukuran tapi bukanlah secara besar-besaran pun. Cukuplah sederhana sahaja, lagi pun majlis itu dibuat sekali gus untuk menghargai kepada semua penyokong tegarnya.

"Tidak lupa juga ahli keluarga saudara-mara dan kawan-kawan Amir yang banyak menyokong dari minggu pertama lagi. Jadi sebagai wakil ibu dan bapa kami akan buat," jelas ibu Amir.

Tahniah lagi sekali Kakigosip ucapkan buat kesemua finalis AF2016 yang telah berjaya tidak kiralah sama ada juara mahupun tempat kelima. Apa yang lebih penting adalah percaturan hidup sebagai artis selepas ini.
Powered by Blogger.