Berita Terkini
recent

Alif Satar Tiada Niat Untuk Beristeri 2


Wow! Hebatnya penangan pelantun lagu Jangan Nakal ni, bakal bergelar bapa kepada dua orang cahaya mata pun ada juga yang masih menaruh harapan sampaikan sanggup untuk jadi isteri kedua Alif Satar.

Pun begitu, menurut Alif sendiri, ketika zaman bujang dia juga pernah dikacau oleh peminatnya, namun agak terkejut dengan dugaan selepas berkahwin, masih juga ada yang fanatik sampai macam tu sekali.

Selesa berkongsi lagi, Alif berkata, dia dan isteri adakalanya tergelak bila membaca komen peminatnya di laman sosial seperti 'untungnya kalau dapat jadi isteri kedua Alif'.

Sementara itu, isteri Alif iaitu Shadila tidak cemburu dan Alif juga tidak berniat untuk berkahwin lagi.

Kakigosip rasa ini mesti sebab terlalu obses dengan lakonan Alif menerusi drama Dia Semanis Honey. Maklum sajalah, Alif dalam drama tu sweet sangat you all.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.