F Aishwarya Rai Letak Syarat, Salman Tak Minat | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Aishwarya Rai Letak Syarat, Salman Tak Minat

Sudah bertahun-tahun Aishwarya Rai dan Salman Khan saling tidak bertegur sapa. Tepatnya, hubungan dingin itu bermula disebabkan tindakan Salman mengasari aktres itu ketika mereka menjadi pasangan kekasih.

Sejak saat itu, Aish dan Salman sama sekali tak pernah bekerja bersama lagi. Malah Aishwarya disebut-sebut menolak mempromosikan filem Ae Dil Hai Mushkil di acara Bigg Boss yang dianjurkan Salman Khan.

Namun baru-baru ini laporan media menyebut, Aishwarya sekarang sudah terbuka hati untuk kembali bekerja bersama bekas kekasihnya itu.

Bagaimanapun Aishwarya meletakkan syarat yang harus dipenuhi mana-mana produser yang mahu mengandingkan mereka. Aish dikatakan hanya bersetuju berlakon bersama Salman sekiranya naskah filem itu betul-betul bagus serta sutradaranya juga hebat.

Sekiranya produser boleh memenuhi permintaan tersebut, maka Aishwarya akan mempertimbangkan untuk membintangi filem berkenaan bersama Salman.

Sementara itu bagi Salman, beliau sememangnya tidak mempunyai masalah untuk berlakon bersama bekas kekasih. Malah dikhabarkan beliau bakal menjayakan sebuah filem bersama Katrina Kaif, yang juga sudah diketahui umum bahwa aktres itu adalah bekas kekasihnya.

Tapi sayang, dikhabarkan Salman Khan memang tidak berminat untuk bekerja dengan Aishwarya Rai lagi.
Powered by Blogger.