F Ainan Tasneem Bakal Berkahwin Dengan Jurutera Tahun Depan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Ainan Tasneem Bakal Berkahwin Dengan Jurutera Tahun Depan



Setakat ini nampaknya penyanyi Ainan Tasneem merupakan artis pertama pembuka tahun baru yang telah memaklumkan bahawa dia akan berkahwin pada 7 Januari 2017.  Pasangannya bukan calang-calang orang iaitu seorang jurutera.

Menurut Ainan, dia dan bakal suaminya yang dikenali sebagai Ariff baru sahaja berkenalan selama dua bulan, namun selepas solat istikarah (minta petunjuk), Ainan yakin bahawa Ariff adalah bakal seorang suami yang bertanggungjawab.

Selain itu, kedua-dua ahli keluarga mereka juga telah bersetuju untuk menyatukan mereka tiga bulan daripada sekarang. Eloklah tu, yang baik harus dipercepatkan. Cinta selepas akad nikah itukan selalunya lebih romantik.

Pada masa yang sama Ainan juga memberitahu dia apabila sudah bergelar isteri dia akan berhenti dari bidang seni suara.

Untuk rekod, majlis pernikahan Ainan dan Ariff bakal dijadualkan di Hotel Blue Wave Shah Alam sekali gus mengadakan majlis resepsi di lokasi yang sama pada sebelah petang.
Powered by Blogger.