F Afzan Rahman Tiada Masalah Dengan Pelakon Baru | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Afzan Rahman Tiada Masalah Dengan Pelakon Baru


Semakin hari semakin ramai pelakon baru muncul di kaca TV, malah cepat saja nama mereka naik berbanding pelakon yang sudah lama menapak di lapangan seni hiburan.

Bagi pelakon Afzan A Rahman, 34, bakatnya diasah menerusi Anak Wayang, memberitahu dia begitu selesa dan tiada sebarang masalah untuk bekerjasama dengan mana-mana pelakon baru.

"Industri kita satu hari nanti makin berkembang, jadi memang kita perlu ada pelakon-pelakon baru ini sebagai pelapis," katanya.

Bila disebut sahaja namanya pelakon ini mungkin ramai yang tidak begitu mengenalinya meskipun sudah lebih tujuh tahun bergelar sebagai artis.

Akan tetapi pelakon berwajah jambu kita ni rilek saja walaupun pelapis muda sekarang ramai.  Kerana dia percaya rezeki itu luas.

"Afzan percaya pada rezeki, segala kehidupan ini telah diaturkan dan kitalah pelakonnya. Walaupun muka Afzan harap jambu, tetapi ramai pendatang baru hensem dan sado.

"Mungkin ramai di antara mereka dari kolej yang sudah ramai kenalan. Jadi apabila masuk ke dalam industri ini mereka ramai yang dikenali berbanding Afzan pelakon lama," katanya.

Dalam perkembangan lain saksikan lakonan abang jambu kita ini menerusi drama Lara Aishah di Astro Maya HD dan Astro Prima setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6 petang.
Powered by Blogger.