F Adik Kim Kardashian Diselar Tayang Barang Kemas | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Adik Kim Kardashian Diselar Tayang Barang Kemas

BINTANG realiti Rob Kardashian diselar pengikut laman sosial apabila lelaki berkenaan menayangkan barang kemas miliknya hanya selepas beberapa hari kakaknya, Kim Kardashian dirompak di Paris minggu lalu.

Rob dikritik kerana memuat naik gambar tiga utas jam bertatahkan emas dan rantai di Instagram menurut laporan Mirror.

Bagaimanapun Rob kemudiannya memadam gambar berkenaan selepas mendapat kritikan negatif daripada pengikutnya.

"Tindakan anda itu bodoh dan sengaja mencari perhatian.


"Tidakkan anda belajar sesuatu daripada kejadian menimpa Kim sebelum ini. Anda sengaja mencari pasal," kata salah seorang pengikutnya di Instagram.

Terdahulu, Kim berdepan dengan pengalaman ngeri selepas diacukan dengan pistol ketika kejadian rompakan di sebuah hotel mewah di Paris pada Isnin minggu lalu.

Kim, 35, terpaksa melalui detik cemas apabila lima lelaki bersenjata dengan memakai pakaian polis dan topeng muka mengacu pistol di kepala dan mengikat tangannya ketika kejadian lebih kurang pukul 3 pagi itu.

Kesemua perompak mencuri barangan kemas dianggarkan bernilai bernilai kira-kira AS$11 juta (RM45.2 juta).

Polis dalam siasatan awal memberitahu kejadian itu berkemungkinan dilakukan oleh individu yang mengenali bintang tersebut kerana agak sukar bagi orang luar memasuki tempat penginapan tersebut.
Powered by Blogger.