F Adibah sedih, terkilan alasan LPF | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Adibah sedih, terkilan alasan LPF

Gara-gara filem lakonannya Fundamentally Happy ditolak Lembaga Penapisan Filem (LPF), penyanyi, pengacara dan pelakon, Adibah Noor, 46, menzahirkan rasa terkilan dengan menyifatkan alasan yang diberikan tidak adil.

Filem berkenaan yang dikatakan menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu ditolak tayangannya baru-baru ini oleh LPF selepas jalan ceritanya dianggap tidak sesuai dipertontonkan di negara ini.

Adibah bagaimanapun tidak bersetuju dengan alasan itu kerana dilihat lebih mementingkan perasaan kaum Melayu manakala Islam jatuh nombor dua.

“Filem ini bukan mengenai agama mahu pun bangsa sebaliknya berkisarkan kemaafan dan konflik dalam diri .


“Kalau orang barat buat filem mengenai keganasan yang sering dikaitkan dengan Islam, boleh pula diluluskan untuk tayangan?

“Saya memang sedih kerana Fundamentally Happy dibuat bukan untuk mengaut keuntungan tetapi atas dasar minat dan keikhlasan menyampaikan naskah. Kalau saya rasa ia menghina Islam dan bangsa Melayu, pasti saya tidak akan babitkan diri,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi LPF Datuk Abdul Halim Abdul Hamid ketika dihubungi berkata selepas diteliti jalan cerita filem terbitan 13 Little Pictures itu, ia ternyata tidak menepati garis panduan yang ditetapkan.

“Pihak kami terpaksa menolak tayangan Fundamentally Happy di sini kerana ia menyentuh isu pedofilia yang membabitkan watak lelaki Melayu serta kanak-kanak Cina berusia 10 tahun. Dalam cerita, lelaki Melayu itu beristerikan wanita bertudung labuh.

“Kami menonton filem itu dua kali sebelum memberi kata putus dan penolakan ini adalah atas dasar mahu menjaga sensitiviti penonton tempatan.

“Jika tidak berpuas hati, saya sarankan pengedar filem ini merujuk Jabatan Rayuan Filem untuk tindakan seterusnya,” katanya.
Powered by Blogger.