F Adi Putra Belum Pertemukan Isteri Pertama & Kedua | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Adi Putra Belum Pertemukan Isteri Pertama & Kedua


Bagi yang mengikuti perkembangan hero berkulit sawo matang iaitu Adi Putra melalui media sosialnya, anda mesti perasan bahawa Adi Putra belum sekali pun berkongsi gambar bersama isteri keduanya.

Selalunya gambar kemesraan bersama isteri pertama sahaja.

Menurut Adi sendiri, dia lebih selesa untuk tidak memuat naik sebarang gambar mereka bersama di laman sosial. Tambahnya, lebih baik tumpukan kepada rumah tangga dan membimbing isterinya berbanding media sosial.

Diajukan pula soalan adakah kedua-dua isteri Adi sudah berjumpa? Adi menjelaskan, isteri pertama Aida Yusof dan kedua Nor Shahida Zolkifly masing-masing belum lagi berjumpa, malah biarlah masa menentukannya.

Bagus Adi Putra, Kakigosip lebih tumpukan kepada rumah tangga daripada sibuk dengan media sosial. Tapi isteri kedua tak cemburu ke eh?
Powered by Blogger.