F Adi Putra Ada Sebab Tidak Kongsi Gambar Bersama Isteri Kedua | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Adi Putra Ada Sebab Tidak Kongsi Gambar Bersama Isteri Kedua

Bukan bersikap pilih kasih namun pelakon Adi Putra memberitahu beliau mempunyai alasan tersendiri mengapa sehingga kini beliau masih tidak berkongsi gambar bersama isteri keduanya, di laman sosial.

Menurut Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera bin Halim, 35, beliau tidak merasakan ianya satu keperluan sekaligus tidak mahu kisah kontroversi perkahwinan keduanya terus menjadi buah mulut. Tambahan ada hati dan perasaan pihak lain yang harus dijaga.

"Ada sebab-sebab tertentu saya tidak berkongsi wajah isteri kedua saya di laman sosial. Biarlah, lagipun selama ini orang hanya kenal Aida.

"Saya mengambil langkah berhati-hati dan tak mahu nanti ada pula komen-komen yang mungkin boleh menimbulkan sebarang isu lain. Bagi saya, media sosial ialah senjata paling berkesan untuk mengundang spekulasi yang akhirnya memakan diri.

"Tambahan saya perlu memikirkan dan menjaga hati banyak pihak terutama ibu saya, ibu mertua juga kedua-dua belah keluarga," jelasnya mengulas memgenai keterbukaanya memuat naik di laman sosial gambarnya bersama Aida berbanding Nur Shahida hingga menimbulkan dakwaan dia kurang berlaku adil.

Adi berkata demikian ketika ditemui pada majlis melayar poster raksasa filem yang dibintanginya, Hanyut, bertempat di AnCasa Hotel, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Terdahulu, Adi mencetuskan kontroversi selepas foto perkahwinan keduanya yang berlangsung secara rahsia telah tersebar. Pada 25 Julai lalu, Adi dalam satu sidang media mengesahkan dia telah bernikah pada 20 Jun lalu dengan Nur Shahida, berusia 33 tahun dan merupakan seorang janda anak satu.

Manakala perkahwinan Adi dengan Aida terbina sejak 14 April 2006. Pasangan ini belum dikurniakan zuriat sendiri, namun mereka mempunyai seorang anak angkat perempuan berusia empat tahun.

Sementara itu, berkongsi mengenai kehidupan berpoligami yang dilaluinya sejak hampir empat bulan lalu, Adi berkata semenjak memikul tanggungjawab beristeri dua, dia banyak bermuhasabah diri.

Menganggap setiap apa yang terjadi sebagai satu ujian dan dijadikan ikhtibar. Disamping pengalaman selama ini banyak mengajarnya untuk lebih ke arah kebaikan.

"Kehidupan tetap diteruskan dan normal dan berjadual. Kalau bersistematik, insyaAllah ia tak memudaratkan.

"Saya juga banyak bermuhasabah diri dan menerusi pengalaman lalu saya jadikan ia ikhtibar.

Dalam menjalani kehidupan normal seperti mana orang lain, sebagai ketua keluarga Adi berusaha untuk membahagiakan kedua-dua isterinya.

"Ketenangan, keamanan, kemiskinan, kepayahan, kesedihan semua itu dalam elemen rezeki dan saya tidak boleh katakan ia padah.

"Mana yang mudah saya mudahkan dan mana yang berat tu saya tidak memudaratkan," tuturnya.

Ditanya sama ada beliau sudah mempertemukan kedua-dua isterinya, Adi menjawab,

"Saya tidak merancang apa-apa untuk itu (pertemukan mereka), biarlah ianya berlaku dengan sendiri. Biarlah kehidupan ini berjalan seperti air yang mengalir," katanya.
Powered by Blogger.