F Achey Berkampung di Hospital Demi Abah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Achey Berkampung di Hospital Demi Abah


Bertuah abah Achey kerana memiliki anak yang baik dan tahu membalas jasa.  Sejak hari pertama dimasukkan ke hospital akibat kemalangan lalu, Achey 'berkampung' di Hospital Besar Segamat Johor untuk menjaga dan berada selalu di sisi abahnya itu.

Sehinggakan program akhir Super Spontan Super Star (SS) yang berlangsung pada Jumaat ini, Achey masih tidak dapat memberi sebarang kata putus lagi.

"Sekarang abah saya masih di wad ICU.  Jadi nak balik ke KL untuk SS tu agak berat sikit.  Masih berbincang dengan adik beradik.  Tapi abah ada pesan, katanya, dia sekarang dah tak kerja, jadi kalau saya tak kerja, siapa lagi yang nak bantu abah.

"Berbekalkan semangat dan kata-kata itu, insyaAllah jika saya ada di SS pun adalah atas semangat dan kata-kata abah.  Tengoklah macam mana nanti," ujar Achey.

Jujur ujar Achey dia tidak membuat sebarang persediaan cuma persiapan dari segi mental dan meminjam kata-kata semangat abahnya sahaja.
Powered by Blogger.