F Zul (Handy Black) Disindir, Diherdik Ketika Berdakwah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Zul (Handy Black) Disindir, Diherdik Ketika Berdakwah

Gara-gara statusnya sebagai penyanyi rock yang sering dikaitkan dengan aktiviti negatif, vokalis kumpulan Handy Black iaitu Zul mendedahkan dia pernah disindir ketika menyampaikan dakwah dari rumah ke rumah bersama rakan-rakan tabligh.

Memetik laporan mStar online, Zul atau nama sebenarnya Nurzul Suphia'an Sa'ban, 41, berkata, dia juga pernah dilabel sebagai pendakwah 'hangat-hangat tahi ayam selain dianggap berlagak baik.

"Pernah beberapa kali saya disindir malah diherdik ketika berdakwah hanya kerana saya adalah penyanyi rock tetapi Alhamdulillah ia adalah dugaan untuk saya," katanya.

Dalam pada itu, Zul berkata, dia bersyukur kerana berkesempatan menggunakan popularitinya sebagai selebriti selama lebih 15 tahun berkecimpung dalam bidang seni untuk digunakan dalam kerja dakwah.

Kataynya, dia terbuka hati untuk mendekati kumpulan tabligh selepas kematian arwah bapanya dua tahun lalu dan bersyukur diberi peluang untuk mendalami ilmu agama.

"Keputusan mendekatkan diri dengan tabligh dan kerja amal datang selepas arwah bapa saya meninggal dan ketika itu saya sedar banyak melepaskan masa berkualiti bersamanya kerana terlalu sibuk dengan urusan dunia.

"Alhamdulillah saya bersyukur diberi peluang ini untuk bersama ahli-ahli agama dalam menjalankan kerja dakwah dan amal," katanya.
Powered by Blogger.