F Zila Minta Maaf, Along Kata "No Komen" | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Zila Minta Maaf, Along Kata "No Komen"

Pelakon dan pelawak, Along Cham enggan mengulas mengenai kemunculan bekas isterinya, Nur Azilah Seeron, 28, yang tampil memohon maaf terhadap Along, 33, dan keluarga mertuanya dalam sebuah program TV, baru-baru ini.

Memetik laporan Harian Metro, Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 33, sekadar memberikan reaksi dan jawapan, "no komen".€

Dalam program itu, Zila, 28, secara terbuka memohon maaf kepada Along dan keluarga mertuanya di atas kesilapan yang dilakukan.

Zila turut mengambil kesempatan meluahkan perasaannya termasuk kerinduannya terhadap anak tunggal mereka, Ahmad Danial, 5, yang kini dijaga mertuanya selepas pelbagai kontroversi melanda rumah tangga yang dibina dengan Along sejak 23 Januari 2010.

Tindakan Zila bukan mengundang simpati tetapi sebaliknya mengundang kecaman penonton yang kebanyakannya menyuruhnya bertaubat dan insaf di atas perbuatannya.

Bahkan, mereka turut meminta bekas peserta Akademi Fantasia 4 ini memohon maaf secara bersemuka dengan Along dan keluarga mentuanya.

Pasangan ini sah bercerai talak satu di hadapan Hakim Syarie, Abdul Halim Abu Samah pada 29 Ogos lalu.
Powered by Blogger.