F Zila fokus cari duit demi anak | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Zila fokus cari duit demi anak


Bekas isteri Along (Cham), penyanyi Zila Seeron yang baru sahaja diceraikan dengan talak satu pada 29 Ogos lalu, memberitahu, dia kini sedang memberikan sepenuh tumpuannya untuk mencari duit sendiri bagi menyara kehidupan anaknya.

Bagaimanapun, Kakigosip difahamkan, Zila sudah mendapat pekerjaan di sebuah syarikat, namun lebih selesa untuk merahsiakan lokasi di mana tempat dia bekerja.


Sementara itu, Zila turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak media dan orang ramai kerana mengambil berat terhadapnya selepas mengadu mempunyai masalah rumah tangga bersama bekas suaminya.

Terdahulu, Zila diceraikan talak satu oleh  Along yang memfailkan permohonan perceraian pada Isnin mengikut Seksyen 47, Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Untuk rekod, Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamudin Ahmad, 33, bernikah dengan penyanyi itu pada 23 Januari 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ahmad Danial, 5.
Powered by Blogger.