F Ziana Zain Kembali Berlakon Selepas 8 Tahun | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Ziana Zain Kembali Berlakon Selepas 8 Tahun

Selepas lapan tahun tidak berlakon, Ziana Zain bakal muncul menerusi telefilem Mati... Tunggu Sekejap, arahan arahan Rashid Sibir.

Memetik laporan Kosmo! beliau menerima tawaran tersebut kerana tertarik dengan jalan cerita naskah itu serta penggambarannya mengambil masa yang singkat.

"Pada waktu ini saya sedang sibuk dengan penggambaran telefilem arahan Rashid Sibir berjudul Mati... Tunggu Sekejap. Telefilem ini merupakan penampilan pertama saya selepas hampir lapan tahun tidak berlakon.

“Sebab utama saya menerima tawaran ini adalah ia diarahkan oleh sutradara berbakat besar seperti Rashid Sibir. Jalan cerita telefilem ini juga menarik, selain ia mengambil masa penggambaran yang singkat dan lokasinya dekat dengan rumah,” katanya.

Telefilem itu turut menampilkan pelakon Nasha Aziz dan Adibah Noor. Ia mengisahkan tentang tiga orang sahabat baik yang terpisah, namun kemudian berjumpa kembali.

"Naskhah ini mengisahkan tentang tiga sahabat baik yang sudah berkahwin dan kemudian bertemu semula. Pertemuan itu sekali gus membawa mereka mengimbau kembali kenangan pahit dan manis semasa berada di alam persekolahan.

"Saya membawa watak sebagai Nora yang merupakan seorang pendiam dan takut pada anak tirinya. Namun, setelah mendapat sokongan daripada rakan, Nora akhirnya bangkit dan kemudian menjadi seorang pendendam,” katanya.

Selain sibuk dengan penggambaran, Ziana bakal menjayakan Konsert High Note yang akan berlangsung di Istana Budaya (IB) pada 25 hingga 27 November depan.
Powered by Blogger.