F Zetty Mentor Bercinta Dengan Atlet Angkat Berat | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Zetty Mentor Bercinta Dengan Atlet Angkat Berat


Terdahulu Kakigosip difahamkan penyanyi kelahiran program Mentor Milenia 2016, Zetty, dikatakan bercinta dengan seorang atlet pemain bola sepak kebangsaan namun hubungan mereka tidak berjaya.

Pun begitu, bagaikan patah tumbuh hilang berganti, khabarnya Zetty sekarang sudah pun menemui cinta hati barunya yang juga merupakan seorang Atlet sukan angkat berat kebangsaan.

“Pada asalnya kami hanya berkawan namun untuk bercakap mengenai hubungan kami dengan lebih lanjut tak bolehlah, sebab kami masih di peringkat  saling mengenali hati masing-masing.

“Jadi alhamdulillah sejak dua tahun yang lalu kami berkenalan, saya nampak kami ada keserasian bersama, mungkin kerana itulah hubungan kami boleh bertahan lama sehingga kini.

“Oleh itu andai ada jodoh biarlah kali ini kekal selamanya, insyaAllah kerana kita hanya merancang dan Allah menentukan sebaik-baiknya,” ujarnya sambil tersenyum.

Dalam perkembangan lain, Zetty yang juga merupakan protege kepada mentor Azlan (typewriter) tidak lama lagi bakal mengeluarkan single terbarunya.
Powered by Blogger.