F Zarina Anjoulie Muat Naik Gambar Status Ibu Tunggal Undang Spekulasi Sudah Berpisah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Zarina Anjoulie Muat Naik Gambar Status Ibu Tunggal Undang Spekulasi Sudah Berpisah


Menerusi gambar yang dimuat naik oleh pelakon Zarina Anjoulie di laman Instagramnya baru-baru ini, nampaknya telah mengundang spekulasi netizen mengatakan Zarina dan pasangannya sudah tiada ikatan lagi.

Melihat pula di akaun Instagram suaminya, menerusi ruangan profil diri turut menulis bahawa ia adalah bapa kepada tiga orang cahaya mata.

"25 ballin proud single father of three beautiful angels," tulisnya.

Sementara itu, di ruangan komen akaun Zarina turut dibanjiri dengan ucapan doa dan kata-kata semangat.

Andai benar spekulasi ini, Kakigosip berharap semoga Zarina dan suami dapat menjernihkan keadaan ini.

Untuk info, pada pertengahan bulan Ogos lalu Zarina telah selamat bersalin anak lelaki di Brunei Darussalam.
Powered by Blogger.