Berita Terkini
recent

Ya, Saya OK, Hidup Mesti Diteruskan - Fara Fauzana


Semalam Hafiz telah memberikan kenyataannya bahawa punca perkahwinan antara dirinya dengan Fara Fauzana, jawapannya hanya ada Fara.

Justeru, sebentar tadi, sejurus tamat program Sekolah Radio IM4U FM di IM4U Sentral, Puchong, para media telah menunggu Fara untuk mendapatkan komen.

Pun begitu, Fara hanya menjawab semuanya telah disebut di dalam kenyataan yang diberikan kepada media dan ini semua ketentuan Allah.  Itu sahaja jawapan Fara setiap kali ditanya oleh media.  

Namun melihat di Intagram Faizal Ismail (FBI) yang merupakan antara sahabat baiknya, Fara dilihat masih boleh tersenyum dan apabila diusik oleh FBI, "Fara Ok?", Fara tersenyum dan menjawap "Life must go on".

Fara, 36, membatalkan perkahwinannya dengan seorang ahli perniagaan, Mohamed Hafiz Badiuzzaman, 30, pada Ahad lalu dan masih lagi berahsia sehingga kini.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.