F WhatsApp perkenal sistem 'tag' | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

WhatsApp perkenal sistem 'tag'

APLIKASI popular, WhatsApp telah mengemaskini sistem mereka dengan menyertakan fungsi 'tagging' kepada para penggunanya.

Menurut laporan The Next Web, pengguna WhatsApp yang 'mute' perbualan kumpulan akan tetap menerima notifikasi jika mereka di'tag' di dalam perbualan.

Caranya, pengguna hanya perlu memasukkan simbol '@' diikuti dengan nama penerima notifikasi.

Pengguna juga boleh menggunakan fungsi tag untuk lebih dari satu pengguna.

Inisiatif terbaru WhatsApp ini dijangka memudahkan lagi pengguna untuk mengikuti perbualan dan perbincangan di WhatsApp.

InstaForex

Powered by Blogger.