F Wanita didakwa pengedar dadah ditembak mati | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Wanita didakwa pengedar dadah ditembak mati

 Seorang wanita didakwa mengedar dadah kepada selebriti di Filipina mati selepas ditembak sebanyak lima kali, kelmarin.

Mayat Aurora Moynihan ditemui di tepi jalan bersama empat bungkusan kecil mengandungi dadah methamphetamine.

Menurut laporan Dailymail, rakaman CCTV menunjukkan Aurora ditembak selepas beliau keluar dari sebuah kenderaan.

Sebuah kad yang tertulis "Pengedar dadah kepada selebriti, anda seterusnya' juga ditemui di tepi mayat Aurora.

Pihak polis mengesahkan Aurora berada di bawah senarai pemerhatian polis dan didakwa sebahagian dari anggota sebuah sindiket dadah.

Aurora pernah ditangkap dalam serbuan ke atas sebuah markas dadah pada 2013.

Sementara itu, lebih 3,000 suspek pengedar dadah telah dibunuh semenjak Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengangkat sumpah.

Rodrigo menggalakkan pihak berkuasa dan orang awam membunuh penagih dan pengedar dadah sejak Jun lepas.
Powered by Blogger.