F Varun Pruthi sebar nilai kemanusiaan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Varun Pruthi sebar nilai kemanusiaan

TENTUNYA ada di antara anda yang pernah menonton sebuah video kemanusiaan mengisahkan seorang tua yang uzur berusia 68 tahun, namun masih gagah menjual buku-buku terpakai demi mencari sesuap nasi.

Video yang sudah pun ditonton lebih 200,000 pelayar Youtube itu rata-rata memberi reaksi positif di ruangan komen buat insan yang menjadi tulang belakang kepada video tersebut, Virun Pruthi.

Namun satu rakaman paling mencuri tumpuan adalah sebuah video eksperimen kemanusiaan yang dilakukannya sebagai simbolik reaksi terhadap tragedi menyayat hati yang menimpa mangsa rogol, Nirbhaya.

Insiden hitam yang berlaku pada tahun 2012 itu mendapat liputan media massa seluruh dunia hingga Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu turut mengeluarkan kenyataan bahawa keganasan terhadap wanita adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dan tidak boleh dimaafkan.

Di dalam video yang durasinya hampir tujuh minit itu, Virun berlakon sebagai mangsa khianat yang berlumuran darah, menjerit kesakitan sambil memohon bantuan di tepian jalan raya.

Namun apa yang menyedihkan, tiada siapa yang menghulurkan pertolongan tetapi hanya mampu memerhati semata-mata.

Video tersebut yang kini sudah pun ditonton lebih 4 juta kali itu nyata mendapat respons pelbagai dari penonton.

Pada masa sama, dia juga sering menekankan slogan Kembalikan Nilai Kemanusiaan khusus bagi memberitahu akan kepentingannya dalam sosial masyarakat kini.
Powered by Blogger.