F Uqasha Senrose Mahu Berehat Selepas Isu Buka Tudung | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Uqasha Senrose Mahu Berehat Selepas Isu Buka Tudung

Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group (MIG), David Teo memberitahu pelakon kontroversi Uqasha Senrose meminta untuk berehat dalam tempoh tertentu sebelum kembali semula berlakon.

David berkata, pelakon yang baharu sahaja menandatangani kontrak di bawah syarikat pengurusannya Ogos lalu itu akan kembali berlakon selepas dia benar-benar bersedia.

“Uqasha baharu sahaja menjadi artis bawah pengurusan kami pada bulan lalu, tapi buat masa ini dia minta untuk berehat dan menenangkan fikiran.

“Kalau sudah betul-betul bersedia barulah dia kembali semula berlakon. Kami juga tidak mahu paksa dia, kita tunggu dia bersedia dahulu,” ujarnya.

Tambahnya, tawaran untuk menyertai syarikat pengurusan itu dibuat sebelum aktres itu mencetuskan kontroversi dengan kembali membuka hijab.

“Uqasha sebelum ini memang dari pengurusan kami dan dia pertama kali berada dalam industri dengan filem pertamanya bersama MIG berjudul Paku.

“Saya tahu dia mempunyai potensi dan bakat yang besar sebagai pelakon, jadi apa salahnya memberi peluang kepadanya sekali lagi untuk berada dalam industri,” ujarnya.

Tambah David, dia sudah merancang beberapa filem dan drama untuk pelakon Tundukkan Playboy Itu.
Powered by Blogger.