F Ular Dua Kali Masuk Rumah Erma Fatima! | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Ular Dua Kali Masuk Rumah Erma Fatima!


Mendengar sahaja nama ular sudah menyeramkan dan mengerikan, belum lagi masuk rumah! Jadi, cuba bayangkan andai rumah anda dimasuki ular. Tak kisahlah ular jenis apapun, sama ada berbisa ataupun tidak.

Kisah ular masuk rumah ini telah pun berlaku kepada seorang pengarah dan pelakon terkenal iaitu Erma Fatima atau kini lebih popular dengan nama pentasnya, Mak Cun!

"Selama 25 tahun duduk kat rumah ni, ni kali ke 2 ular masuk rumah aku sejak kebelakangan ni. Apakah petandanya?

"Kalau check kitab, janji yang masih tak ditepati? Atau mungkin bakal mendapat kekasih..hmmm...Dan mungkin ada yang cuba santet....atau mungkin ini bukan ular tapi JIN," tulisnya dengan gambar ular bewarna hitam  yang dimuat naik di akaun Instagramnya.

Harap-harap keselamatan Erma dan sekeluarga terjaga. Sama-sama kita doakan agar kita semua dijauhkan daripada binatang-binatang yang tidak dijemput ini. Naudzubillahiminzalik! Takutlah.
Powered by Blogger.