F Tun M tanya, Yusuf besar nak jadi apa? | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Tun M tanya, Yusuf besar nak jadi apa?

"TERUJA dan berbesar hati," itu perasaan pasangan pelakon, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen tatkala dapat bersua muka‎ dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali di London.

Berkongsi klip video di Instagram tentang pertemuan itu, Hairul Azreen menulis ALLAH telah menunaikan permintaannya untuk bertemu Mahathir.

"Jom kita doakan untuk Tun dan keluarga," tulisnya lagi dalam perkongsian itu.

Dalam perkongsian video itu turut memaparkan Mahathir sempat 'berbual' dengan anak pasangan itu, Yusuf Iskandar.

"Besok (besar nanti) nak jadi apa?," tanya Mahathir dan pertanyaan itu disambut Hasmah yang mengatakan "dia (Yusuf) nak bercakap tu".

Menurut Hanis Zalikha, Yusuf yang kini berusia 3 bulan memang suka bersembang.

Difahamkan Mahathir bersama rombongan ke London atas urusan kerja. Sementara Hairul Azreen dan Hanis Zalikha bercuti ke sana.
Powered by Blogger.