F Train Too Bosan cecah tontonan lebih 1 juta | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Train Too Bosan cecah tontonan lebih 1 juta

PAPARAN video yang bertajuk Train Too ‘Bosan’ Trailer (Parody of ‘Train To Busan’ Trailer) terus mendapat perhatian pelayar sejak dimuat naik 12 September lalu.

Berdurasi hampir empat minit, sehingga semalam video pendek itu sudah ditonton sebanyak 1,726,551.

Memaparkan kisah sekumpulan anak muda yang bermain aplikasi Pokemon tiba-tiba mengamuk kerana masing-masing kehabisan bateri telefon bimbit.

Oleh itu, kesemua mereka yang ‘dahagakan’ powerbank bagi meneruskan permainan aplikasi  tersebut, lalu tercetuslah huru-hara yang sarat dengan adegan humor dan spontan.

Ia merupakan sebuah video parodi yang diambil menerusi filem thriller Korea yang hit, Train To Busan.

Dihasilkan anak-anak muda berbakat besar yang mempunyai kreativiti tersendiri dalam menyampaikan informasi di jaluran media sosial semasa.
Powered by Blogger.