F Tiada Isu Orang Ketiga, Nama Yang Dikaitkan Adalah Kawan – Fattah Amin | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Tiada Isu Orang Ketiga, Nama Yang Dikaitkan Adalah Kawan – Fattah Amin


Bertemu dengan bekas Hero REMAJA, Fattah Amin, 26, ketika majlis sambutan hari jadinya di Stakers Cafe, Dataran Sunway, Kota Damansara malam tadi, Kakigosip bertanya padanya perihal kisah sensasi yang menimpa pelakon ini selepas cerita putus cintanya bersama aktres, Sherry Ibrahim masih diperkatakan.

Ditanya adakah sememangnya ia berpunca dari orang ketiga, ini jawab Fattah

“ I have no idea bila mana-mana perempuan lain naik. Yang saya tahu ialah, mereka semua kawan-kawan saya. Yang saya boleh cakap mereka kawan yang saya berhubung secara profesional untuk kerja. Itu saja yang saya boleh komen dan tidak ada pun isu orang ketiga,”jelas Fattah nyata terkejut apabila para keluarga, rakan terdekat dan para peminatnya gigih melakukan ‘prank’ demi membuat kejutan sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-26.

“Terima kasih saya ucapkan buat semua yang datang. Terima kasih banyak-banyak. Doakan yang terbaik untuk kerjaya saya dan insyaAllah saya akan buat yang terbaik untuk peminat seni,”katanya lagi.

Happy Birthday buat Fattah dari Kakigosip!
Powered by Blogger.