F Tetap Tolak Tawaran Lebih RM600 juta | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Tetap Tolak Tawaran Lebih RM600 juta

Sejak minggu lalu, timbul khabar bintang terkenal, Daniel Craig ditawarkan bayaran yang tinggi sehingga mencecah USD150 juta (kira-kira RM619,803,878) untuk sekian kalinya memengang watak sebagai James Bond dalam filem akan datang.

Berita tersebut ternyata membuatkan para penggemar filem ikonik itu kembali berharap berita tersebut benar. Sementelah, sebelum ini, aktor berkaliber itu pernah menyatakan bahawa beliau tidak ingin lagi melakonkan watak James Bond.

Bagimanapun, nampaknya peminat kembali menerima berita yang mengecewakan kerana laporan susulan menyebut, khabar Craig kembali menjadi James Bond tidak akan terrealisasi.

Sumber orang dalam dari franchise filem berkenaan menyatakan bahawa pihak Sony Pictures tak akan mengeluarkan wang sebanyak itu hingga. Sekaligus menyatakan bahawa penerbit dan produksi berpengaruh itu seperti sudah putus asa untuk mendapatkan kembali Craig.

Peluang dan harapan penonton mahu sekali lagi melihat Craig segak bergaya dengan penampilan tuxedo musnah kerana difahamkan aktor berusia 48 tahun itu sangat sibuk dengan penggambaran filem lain serta terikat dengan beberapa lagi projek lain pada tahun depan.

Powered by Blogger.