F Terpaksa Pindah Rumah Selepas Diganggu Individu Misteri | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Terpaksa Pindah Rumah Selepas Diganggu Individu Misteri

Ekoran sering diganggu individu misteri sejak akhir-akhir ini, pelakon Ainul Aishah, 30, terpaksa mengambil keputusan untuk berpindah ke kediaman lain bagi memastikan keselamatannya lebih terjamin.

Menurut pelakon filem Histeria ini, beliau menerima kira-kira empat nota kecil yang tertera nombor telefon individu tidak dikenali terselit di pengelap cermin keretanya dan perkara benar-benar menakutkan dirinya.

"Mungkin ada yang memandang remeh mengenai perkara ini. Tetapi, saya kerap mendapat nota kecil dan ia menunjukkan individu berkenaan tahu gerak-geri saya. Dia juga tahu adakah saya sudah berada di rumah atau tidak.

"Malah, sebelum ini beberapa rakan yang mahu pulang selepas melepak di rumah saya turut diekori individu tidak dikenali di sekitar kondominium saya.

"Perkara itu membuatkan saya nekad mahu berpindah ke kediaman lebih selamat," katanya seperti yang dilaporkan BH online.

Mengenai perkembangan kerjaya, Ainul kini sibuk menjalani penggambaran drama Lara Aishah, sehingga akhir tahun ini. Selain itu, dia akan menjayakan pementasan teater bangsawan Putra La Galigo arahan Rosdeen Suboh, Disember depan.

Powered by Blogger.