F Terkejut Tengok Anuar Zain Jadi Nelayan... | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Terkejut Tengok Anuar Zain Jadi Nelayan...


Anuar Zain jadi nelayan! Wah lain tu.  Tengok sahajalah gambar-gambar yang Kakigosip kongsikan ini.  Jarang kita lihat penampilan penyanyi hebat ini begini.  Biasanya mesti ada kelas tersendiri kan.

Namun demi untuk mendapatkan kelainan bagi klip video lagu terbaru 'Andainya Takdir', Anuar sanggup berubah gaya.


Adengan yang menyayat hati...


Berbual dengan pengarah klip video ini, Amor Rizan, idea asal adalah dari Anuar sendiri, sementara konsep darinya.

"Kami shooting selama tiga hari di beberapa lokasi antaranya di Pantai Remis, Oasis Damansara, sekitar Shah Alam dan Restoran Prime Le Meridien.

"Saya pertama kali bekerjasama dengan abang Anuar dan rasa cukup bertuah bila dipilih menjadi pengarah klip video ini.  Bagi saya, dia seorang yang sangat merendah diri dan penuh visi," ujar Amor.
Ditanya tiga sebab peminat kena menonton klip video ini yang akan dilancarkan pada hari ini;

1.  Kerana lagunya cukup hebat.
2.  Kisah yang diceritakan dalam lagu itu dekat dengan hati semua insan.
3.  Penampilan watak berbeza Anuar Zain yang tidak pernah dibawakan selama ini.

Klip video ini menceritakan tentang kisah pertemuan kembali seorang suami dengan bekas isterinya, di mana satu ketika dahulu mereka hidup serba sederhana namun bahagia bersama anak perempuan mereka.

Tahniah untuk tenaga produksi 'Andainya Takdir'

PENGARAH- Amor Rizan. JURUKAMERA- Ramli Long. PENATA SENI- Fathul Arif & Fahmi. MAKEUP/WARDROBE- Ri Suhairy & Hasnur. PENGURUS PRODUKSI- Ruthlee Adam. PEMBANTU PRODUKSI- Shariman & Fuad Aziz. PEMBANTU PENGARAH- Wan Natasya & Alan. TEKNIKAL KRU- Mienami, Azwan, Wan, Jan & Amirhan.
Powered by Blogger.