F Taylor Swift Hubungi Semula Calvin Harris | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Taylor Swift Hubungi Semula Calvin Harris

PENYANYI yang sering mencetuskan kontroversi percintaan, Taylor Swift dilaporkan menghubungi semula bekas kekasihnya, Calvin Harris.

Us Weekly melaporkan Taylor menghantar mesej kepada Calvin untuk bertanya khabar selepas berpisah pada Jun lalu.

"Ia hanya mesej biasa daripada Taylor dan dibalas ringkas oleh Calvin.

"Mereka tetap akan bertemu apabila menghadiri majlis hiburan dan mereka perlu melupakan apa yang terjadi sebelum ini," kata sumber.

Berita itu sebelum ini didedahkan oleh portal TMZ namun baik Taylor mahupun Calvin tidak memberi sebarang respons ketika diminta mengulas mengenai perkara itu.

Dalam pada itu, Sumber turut memberitahu mesej yang dihantar tersebut bukan bererti penyanyi lagu Bad Blood itu mahu kembali ke pangkuan Calvin selepas berpisah dengan Tom Hiddleston baru-baru ini.

"Taylor sekadar ingin kembali berbaik sebagai kawan selain melupakan kisah buruk yang berlaku dalam hubungan mereka sebelum ini," kata sumber itu lagi.
Powered by Blogger.