F Tania Hudson tidak pilih watak | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Tania Hudson tidak pilih watak

PELAKON Tania Nadira Hudson tidak kisah memegang apa-apa watak asalkan sesuai dengannya.

Adik kepada pelakon cantik, Natasha Hudson itu berkata, dia bukan memilih dan bersedia melakonkan apa-apa sahaja watak.

“Saya boleh menerimanya asalkan ia tidak bertindih dengan filem atau drama yang saya sedang lakonkan pada waktu tersebut,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Tania juga baharu sahaja selesai menjalani sesi penggambaran filem KL Special Force arahan Syafiq Yusof beberapa minggu lalu.

Menerusi filem tersebut, Tania membawa watak sebagai anak kepada ketua kumpulan kongsi gelap dan juga teman wanita kepada Fattah Amin, peneraju utama KL Special Force.

“Saya juga akan tampil dalam filem Abang Long Fadil 2 yang juga sudah selesai penggambarannya dengan memegang watak sebagai Yana, seorang wartawan yang cuba membantu Abang Long Fadil yang dilakonkan oleh Zizan Razak,” katanya.

Tania berkata, cukup berdebar menunggu detik tayangan kedua-dua filem lakonannya itu.

Dalam pada itu, Tania berkata, dia mahu fokus dalam dunia lakonan memandangkan sudah agak lama berehat dan kini aktif semula pada November tahun lalu.

“Saya tidak mahu fikir apa yang terjadi kepada saya sebelum ini. Saya mahu pandang ke hadapan dan tidak mahu menoleh lagi,” katanya.

Minat bersukan

Jika tidak terikat dengan jadual penggambaran, Tania akan memanfaatkan aktivitinya dengan bersukan, yang menjadi minatnya sejak dahulu lagi.

“Saya akan ke gimnasium berdekatan untuk bersenam. Kalau tidak apa-apa hal dalam sepanjang minggu, saya akan pergi ke gimnasium setiap hari,” katanya.

Selain ke gimnasium, gadis berusia 30 tahun itu turut meminati aktiviti lasak seperti memanjat bukit dan meredah sungai bersama rakan-rakannya.
Powered by Blogger.