F Tangan Cedera Selepas Bercuti, Peminat Bimbang Keadaan Chanyeol EXO | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Tangan Cedera Selepas Bercuti, Peminat Bimbang Keadaan Chanyeol EXO

PENYANYI Chanyeol mengejutkan peminat apabila tangan kanannya dilihat berbalut dan dalam keadaan bengkak selepas pulang daripada bercuti di Hawaii baru-baru ini.


Soompi melaporkan peminat yang berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon bagi menantikan kepulangan anggota kumpulan EXO itu terkejut melihat keadaan penyanyi kesayangan mereka itu.

Chanyeol yang kelihatan sugul berjalan keluar dari balai ketibaan menuju ke keretanya memakai topi sambil tangan kirinya memegang tangan kanannya yang tercedera.

Ramai tertanya-tanya apakah punca sebenar yang berlaku kepada Chanyeol malah syarikat pengurusan penyanyi itu juga masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.
Powered by Blogger.