F Tak Puas Dengar Celoteh Fafau, FBI & AG | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Tak Puas Dengar Celoteh Fafau, FBI & AG


Tidak dinafikan celoteh penyampai radio Fara Fauzana, Faizal Ismail (FBI) dan AG sememangnya dirindui oleh orang ramai, apabila digabungkan semula pastinya riuh.

Dahulu trio penyampai radio ini pernah bertugas di konti Hot FM dan menjalankan program Hot FM AM Krew. Jadi, pada awal pagi tadi sekitar jam 7 pagi mereka telah ke udara menerusi stesen radio Kool FM bagi mengubati pendengar setia mereka.



Bagi pendengar yang sempat membuka frekuensi Kool FM sudah tentunya dapat melepaskan kerinduan mereka.

Kakigosip difahamkan Fafau, FBI dan AG hanya bergabung untuk sehari sahaja. Menerusi tinjauan Kakigosip di laman Fafau, ramai yang memberikan respon sedih kerana tidak puas untuk mendengar celoteh mereka.
Powered by Blogger.