F Sweet Sangat Kejutan Erra Fazira Untuk Shahir | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Sweet Sangat Kejutan Erra Fazira Untuk Shahir


Meriah di ruang komen akaun Instagram, Erra Fazira, apabila dia membuat satu kejutan istimewa kepada seorang jejaka dengan memuat naik gambar berserta kapsyen ucapan hari jadi kepada lelaki tersebut.

Walaupun gambar lelaki itu matanya dihitamkan, namun peminat Erra seakan dapat menghidu lelaki tersebut itu adalah Shahir AF.

“Cakk! Kejutan untuk kamu yang dikasihi. Jangan marah. Jangan terperanjat. Selamat ulang tahun. Moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati hidupmu. Moga dipanjangkan usia, dilimpahi rezeki. Terima kasih kerana banyak menyumbang sisi positif dalam hidup saya”

“Saya Mendoakan kebahagiaan serta kesejahteraan kamu. Semoga tahun ini akan menyerlahkan keriangan yang tak bernoktah dan memori yang indah,” coretnya.

Amboi Erra sweet betullah! siapalah agaknya lelaki yang bertuah itu kan? Jika benarlah lelaki seperti yang didakwa peminat itu ialah Shahir, mengaku sajalah daripada peminat terus berteka-teki.
Powered by Blogger.