F Supermodel Gisele Bundchen Terima Gaji Tertinggi | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Supermodel Gisele Bundchen Terima Gaji Tertinggi

Supermodel Gisele Bundchen pernah menyatakan hasrat mahu bersara sekaligus meninggalkan pentas peragaan, tahun lalu. Namun, model berusia 36 tahun itu sehingga kini masih menjadi model dengan bayaran tertinggi.

Majalah Forbes baru-baru ini menyenaraikan nama-nama model yang meraih bayaran tertinggi sepanjang tahun 2016. Gisele berada di posisi pertama dengan pendapatan sebanyak US30.5 juta selama satu tahun.

Walaupun tak lagi berjalan di pentas runaway, namun Gisele masih kerap ditawarkan menjadi model acara-acara fesyen terbesar seperti Chanel, Carolina Herrera dan Stuart Weitzman.

Sementara itu, Adriana Lima disenaraikan sebagai model kedua yang yang meraih pendapatan tertinggi. Selama setahun kebelakangan ini, model berasal dari Bazil itu menerima bayaran sebanyak US10.5 juta (Rp 139,4 miliar).

Kendall Jenner, sebagai pendatang baru di dunia peragaan, ternyata tidak kalah dengan senior-seniornya sementelah namanya disenaraikan sebagai model ketiga yang menerima gaji termahal. Cukup sinonim dengan jenama fesyen terkenal dunia seperti Estee Lauder, Fendi, Marc Jacobs hingga lah Topshop, adik kepada personaliti TV, Kim Kardashian itu menerima bayaran sebanyak US10 juta.

Menyusul di belakang Kendall ialah sahabatnya, Gigi Hadid. Manakala di tangga kelima ialah model Rosie Hntington-Whiteley.
Powered by Blogger.