F Sumpah Tak Bogel | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Sumpah Tak Bogel

Penyampai radio Hot FM iaitu Fizie menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan dia ialah individu yang berbogel seperti tersebarnya gambar berkenaan di Internet.

Laporan mStar online menyebut, Fizie atau Mohamad Hafizie Roslan, 28, dalam satu kenyataan di Instagram miliknya memberitahu dia tidak mempunyai kaitan secara langsung atau pun tidak dengan gambar kurang sopan tersebut.

"Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

"Berikutan hal penyebaran gambar-gambar kurang sopan yang menyerupai saya, saya ingin menegaskan bahawa gambar-gambar tersebut tidak mempunyai kaitan terhadap saya secara langsung mahupun tidak," ujarnya.

Terdahulu, nama Fizie menjadi sebutan apabila beberapa keping gambar bogel mirip wajahnya tersebar luas di laman Tumblr.

Dalam pada itu, Fizie berkata, dia telah pun membuat laporan polis berhubung perkara itu pada 26 Ogos lalu bagi membersihkan nama baik serta reputasinya sebagai penyampai radio.

Malah katanya, dia juga membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia pada hari sama berhubung isu berkenaan.
Powered by Blogger.