F Suami, isteri ditemui maut di atas katil | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Suami, isteri ditemui maut di atas katil

Sepasang suami isteri warga emas ditemui maut di atas katil dipercayai terkena serangan jantung dalam kejadian, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pasangan itu ditemui oleh anaknya dalam salah sebuah bilik di rumah dua tingkat di Jalan Kuala Kangsar di sini.

Menurutnya, mangsa dikenali sebagai Foong Weng Hing, 81 dan isterinya, Yeoh Beng Lan, 72, dipercayai meninggal dunia lebih dua hari ditemui kira-kira jam 12.18 tengah hari.

"Siasatan awal mendapati kedua-dua mayat berada di atas katil dalam bilik di rumah dua tingkat berkenaan.

"Pemeriksaan mendapati tiada kesan pecah rumah, pergelutan atau unsur-unsur jenayah berlaku di kediaman itu," katanya.

Chang Keong berkata, mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

"Laporan bedah siasat mendapati kedua-dua mereka maut akibat serangan jantung.

"Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut," katanya.
Powered by Blogger.