F Stanley bercerai dengan isterinya, Nika | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Stanley bercerai dengan isterinya, Nika

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membubarkan perkahwinan Peguam Datuk Stanley Clement Augustin dengan ahli perniagaan, Datuk Nika Gee Siew Yee yang sebelum ini dikaitkan mempunyai hubungan dengan seorang bekas pemimpin kanan negara.

Hakim Datuk Siti Mariah Ahmad merekodkan pembubaran perkahwinan itu selepas kedua-dua pihak mengemukakan persetujuan bersama.

Kedua-dua pasangan itu bagaimanapun tidak hadir dalam dalam prosiding tertutup yang diadakan dalam kamar hakim itu.

Stanley sebaliknya diwakili peguam peguam M Kumar dan S Periasamy manakala peguam Choo Dee Wei bertindak bagi pihak Gee.

Dalam petisyen perceraian yang difailkan pada Disember 2014, Stanley yang merupakan pempetisyen menamakan Gee sebagai responden.

Stanley yang juga bekas Timbalan Pendakwa Raya, dalam petisyen perceraian terpinda berkata beliau telah berkahwin dengan Gee secara sah di sisi undang-undang pada 24 April 2007, dua hari sebelum tarikh persaraannya daripada perkhidmatan kerajaan.

Stanley, 65, berkata beliau merupakan seorang duda dengan tiga anak semasa berkahwin dengan Gee, 54, yang merupakan seorang ahli perniagaan manakala Gee pula ketika itu seorang ibu tunggal beranak dua.

Berita mengenai proses penceraian pasangan itu mendapat perhatian selepas blogger Raja Petra Kamaruddin pada Jun lalu mendedahkan dokumen akuan bersumpah seorang lelaki yang mendakwa wujud hubungan sulit antara isterinya dengan seorang bekas menteri.
Powered by Blogger.