F Song Chang Eui Kahwin Secara Rahsia | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Song Chang Eui Kahwin Secara Rahsia

PELAKON Song Chang Eui melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya dalam satu majlis tertutup yang diadakan pada 5 September lalu.

Soompi melaporkan perkahwinan itu berlangsung di daerah Samseong-dong dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dan rakan pasangan itu.

Chang Eui berkenalan dengan isterinya menerusi seorang kenalan mengambil keputusan berkahwin hanya selepas setahun menjalinkan hubungan cinta dengan wanita itu.

Dalam pada itu, gambar ketika majlis perkahwinan mereka disiarkan oleh pihak perancang perkahwinan pasangan itu menerusi Instagram.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah pelakon Kang Young Seok dan Lee Jung Hwa yang turut mendendangkan lagu untuk pasangan pengantin.
Powered by Blogger.