F Siti Elizad Minta Maaf | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Siti Elizad Minta Maaf

Baru-baru ini, drama berjudul Si Kolot Suamiku yang disiarkan menerusi sebuah saluran berbayar mendapat sambutan hangat sehingga hingga menjadi trending di Twitter.

Ramai penonton memuji lakonan pelakon utamanya, Siti Elizad dan Amar Baharin, bagaimanapun ramai juga kurang senang dengan lakonan mesra kedua-duanya yang dikatakan agak berlebihan.

Lebih-lebih lagi apabila menjayakan watak suami-isteri di atas katil, yang dianggap tidak manis bagi Elizad kerana dirinya sudah bergelar isteri.

Memetik laporan BH online, Elizad memohon maaf kepada mana-mana pihak yang kurang senang dengan lakonan mesranya bersama gandingannya, Amar Baharin, menerusi drama Si Kolot Suamiku.

Tidak berkecil hati dengan segala kritikan yang diterima, sebaliknya menerima komen terbabit secara positif.

"Jujurnya, saya mengambil perkara ini secara positif. Baik atau buruk komen yang diberi, semua itu hak mereka dan ia tidak mengganggu saya sebagai pelakon.

"Saya menghormati komen terbabit kerana mereka juga sebahagian daripada penonton yang menaikkan 'rating' tontonan drama ini.
Bagaimanapun, saya memohon maaf jika ada pihak kurang senang dengan lakonan mesra itu," katanya.
Powered by Blogger.